Wednesday, April 16, 2014

Ini Cerita Semalam

Inilah hasilnya....set langsir dan cadar

Ini cerita semalam....sempena hari cuti Melaka Bandaraya Bersejarah, aku ke Aeon Jaya Jusco di Bandaraya Melaka.  Sampai di sana kelihatan kawasan parkir telah penuh.....berpusing-pusing aku mencari parkir yang sesuai.

Lastly aku keluar dari sana dan parkir di seberang jalan berhadapan dengan kedai perabot.  Walaupun agak jauh dan terpaksa menapak tetapi puas hati sebab aku tak mahu lagi bertawaf kelilling kawasan parkir beberapa kali.  Di pintu masuk ramainya umat manusia berpusu-pusu untuk masuk. Memang kaya ler orang Melaka tabur duit di Aeon...Apa taknya discount memang giler ler...70%, 80% dan setengah harga....sapa yang tak nak...beli dalam RM 100 dapat voucher RM 10 di semua department kecuali supermarket dapat voucher RM 5.


Aku telah capai 1 set kain langsir bernilai RM 50 dan 2 set cadar bernilai RM 25 setiap satu.  Puas hati ler.....Set cadar ini aku capai semasa dorang buat sale 'happy hour' dalam tempoh 30 minit....berebut orang ramai dapatkannya, bayangkan harga set cadar ini beratus-ratus tapi dengan tempoh 'happy hour' turun menjunam.  Itu pun belum masuk lagi set bantal yang macam kat hotel tu turun sehingga ke harga RM 30 untuk sebiji bantal, tapi aku tak beli...hihihi...

Kalau nak cerita memang bertroli ler dorang shopping sakan kat Aeon Jaya Jusco.  Janji ada duit banyak barang yang boleh dibeli dengan harga yang betul-betul murah.

tengok kain langsir......
Lepas ini kumpul duit lagi, kalau Aeon ada offer begini boleh pancing lagi barang kat sana......

MP :  Lagi 2 bulan dah nak masuk bulan Ramadhan.....