Wednesday, April 2, 2014

Kenduri Di Kampung


Hari Ahad lepas ada kenduri aruah dan doa selamat at my home village. Menunya dimasak bersama adik beradik.Antara menunya ayam goreng berempah, labu masak lemak, sambal petai + udang, ikan masin bulu ayam, gulai ikan keli dan dessertnya bubur jagung + mata punai.  Airnya kita orang buat air selangor (oren + sirap), maklum ler adik beradik aku ramai duk di Shah Alam so menu air selangor ikut tema jersi bola selangor oren + merah.



Tak banyak gambar yang sempat di ambil sebab aku sibuk memasak.  Time dorang baca doa selamat baru ler camera handphone nie berjalan......
Gambar di atas dari sudut luar rumah dorang baca doa di dalam rumah.  Kita orang guna sistem layandiri...senang sikit......tak berkecah kata orang....layan....

MP :  Resepi ayam goreng berempah menjadi walaupun kurang rempah dan time nak goreng tambah sikit rempah lagi......tapi ia licin habis.....