Friday, April 18, 2014

Keyword 'Lahabau' Bahasa Orang Melaka ?

Keywords
lahabau bermaksud

Keyword 'Lahabau' ada melekat kat blog aku semalam.  Ini bermakna mungkin ada orang luar yang mencari maksudnya.


Di sini aku share apa makna ' Lahabau'.
Perkataan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melaka. 

Contohnya lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau.  Maknanya tidak dengar khabar.

Ayat yang paling mudah dan difahami "Daud lahabau kau, ingat dah mati" (Maksudnya : Daud lama tak dengar khabar berita, ingatkan dah mati)

Tengok....nampak tak kemesraan orang Melaka, kalau berbual begitu ler caranya...memang agak kasar tapi itulah tanda kemesraan...

Bagi orang Melaka yang duduk sekitar Ujung Pasir, Klebang, Padang Temu, Alai dan Bachang..... dorang kalau bercakap memang pure tiada selindung-selindung punya.

famosa.jpg
Kota A'Famosa

Orang luar yang berkunjung ke Melaka kalau dengar perbualan Orang Melaka mesti terpinga-pinga...sebab banyak perbualannya agak kasar.  Tetapi tak semua orang Melaka begitu, agak kasar tapi hati orang Melaka baik-baik semuanya be.....hihihi...


kredit : sumber

MP : Takkan kenal maka tak cinta.....Jom berkunjung ke Melaka......