Wednesday, April 30, 2014

Konsert Kilauan Emas Musim Ke 4 - Minggu Kedua

Photo: Nantikan persembahan peserta #KilauanEmas4 dalam konsert kedua mereka dan rasai kehebatan sinaran jiwa muda jam 9.30 malam ini di Astro Prima dan Astro Maya HD

Malam ini merupakan Konsert Kilauan Emas Musim Ke 4 minggu kedua.  Untuk minggu pertama para peserta diberi kebebasan untuk menyanyikan lagu kegemaran masing-masing.

Tetapi pada minggu kedua ini para peserta telah diberikan tugasan.  Pada minggu kedua malam ini ia bertemakan Runut Bunyi dan Irama Malaysia. 

13 orang peserta pada malam ini terdiri dari Wak Gan, Ben, Joi, Nas, Zain, Nordin, Arip, Aziana, Raida, Hayati, Maya, Silva dan Lee Wah.

Pada minggu kedua ini sudah pastinya ada peserta yang tersingkir. Mampukah peserta yang undian terendah minggu lepas bangkit dengan tugasan yang baru.

Jom kita duduk depan kaca tv malam ini.  Komsert bermula pada jam 9.30 malam.

kredit :sumber

MP :  Layan Konsert Kilauan Emas Musim Ke 4......