Mengapakah Tentera Diberi Skim Gaji Tinggi ?


kredit : picture

Mengapa tentera diberi skim gaji paling tinggi dalam perkhidmatan kerajaan selaras dengan perlembagaan Malaysia dan seluruh dunia?
Mesti ada sebabnya. Orang ramai mengatakan sebab untuk menarik minat. Mengapa kena perlu macam tu? Sebabnya tiada siapa mahu bekerja siang dan malam (24 jam, 7 hari seminggu, 365 setahun) dan bila-bila masa boleh dikerahkan. Pepatah dalam tentera, setiap nafas dibayar sehingga tamat perkhidmatan!

Ada yang mengatakan tentera ni hanya duduk makan minum sambil kilat kasut dalam kem membazir beras dan biskut kerajaan. Tapi mereka tidak pula berkata tentera melakukan operasi di perbatasan negara lebih kurang 3 bulan sekali pergi tinggalkan anak bini, pelbagai eksesais dan aktiviti siang malam demi memastikan tentera sentiasa bersiap siaga apabila keadaan memerlukan, bertugas di kem 24/7/365, standby apabila ada rusuhan dan bencana alam serta banyak lagi.

Ibu bapa asyik bertanya kenapa tak balik kampung selalu? Isteri asyik bertanya kenapa selalu balik lambat? Isteri mengeluh sabtu ahad pun bekerja anak-anak terbiar. Kenapa selalu kursus sana sini paling kurang sebulan. Kenapa eksesais sana sini? Dan banyak lagi tak larat nak cerita semua. Semua ini menambahkan tekanan.


Bila mengutamakan keluarga apabila ada penugasan penting dikatakan mengada ngada tak pentingkan kerja. Bila mengutamakan kerja, dibenci keluarga. Nampak mudah untuk berkata utamakan mana yang penting dulu, realitinya tak semudah itu percayalah.



kredit : picture

Ikrar Kesatria
1. Beriman kepada tuhan dan bertaqwa kepadanya.
2. Setia kepada negara dan BERKORBAN demi kepentingannya tanpa mengenal menyerah.
3. Memegang teguh disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.
4. MENGUTAMAKAN perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas.
5. Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya.


Sudah terang lagi bersuluh tentera sedia dikorbankan demi memastikan rakyat dapat tidur lena dan bahagia. Bukan mengeluh, tetapi mengingatkan tentera juga manusia biasa punyai hati dan perasaan dan pada masa sama terpaksa mengutamakan tugas.



kredit : sumber

MP : Biar mati bermaruah dari hidup dijajah......

Comments

Popular posts from this blog