Thursday, April 10, 2014

Rojak Sedap Di Melaka


Kalau tengok rojak kat atas nie sure terliur punya.  Actually aku dah lama tak makan rojak nie.  Semasa lunch hour hari tu tergerak nak pergi ke satu kedai nie. Ia terletak di Taman Asean, betul-betul di tepi jalan utama.
Serius aku cakap rojaknya memang sedap. Aku order rojak mee.  Kuih udangnya digaring rangup, mee, telur dan isinya yang lain memang sedap. Kuah rojaknya manis + pedas = sedap sehingga licin pinggan....

Harganya pun berbaloi tak sampai RM 4.00....Aku rasa ini rojak yang paling sedap aku pernah rasa.

MP :  Nak singgah lagi makan rojak........yummy...