Scam Nombor Telefon Ambank


Pagi tadi aku dapat no telefon dari no ini iaitu 03-21788888.  Ia merupakan nombor dari Ambank. Kebetulan....aku dengan pihak Ambank umpama duri dalam daging.....loan kereta dan rumah aku melalui Ambank.  


Tetapi pihak Ambank tidak pernah call aku kecuali kalau dia berjanji akan call semula seperti minggu lepas bila mana aku call bahagian housing dalam masa yang sama aku nak periksa baki pinjaman kereta pulak. Tetapi nombor yang naik bukan nombor yang ini.


Di dalam media sosial telah menular scam nombor dari Ambank.  Tetapi sebenarnya bukannya dari pihak Ambank....Sekiranya uolls ada menerima call dari nombor di atas, sila abaikan.  Dorang akan tanya mengenai hutang credit card dan loan apa-apa ntah......kebetulan aku memang tak der credit card, so kalau ler aku terima call ini lagi....alamat memang kena maki HAWAU jer......

MP :  Jauhilah scam.....be careful....

Comments

Popular posts from this blog