Adakah Anda Berjaya Menurunkan Berat Badan?

sumber : google
Adakah setakat ini anda sudah berjaya atau belum
menurunkan berat badan?

Ya! tidak dinafikan program menurunkan berat badan
tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan motivasi
yang tinggi, ilmu yang betul dan strategi yang berkesan.

Namun pada hari ini saya nak 'share' dengan anda
beberapa fakta berkaitan menurunkan berat badan.

Jom ikuti satu per satu:

1) Perlukah kita menimbang selalu berat badan kita?

- Ya! Kajian telah membuktikan bahawa dengan memantau
lebih kerap berat badan kita akan 'merangsang' minda dan
memberi motivasi untuk menurunkan berat badan. Seeloknya
timbang berat seminggu sekali.


2) Adakah saya perlu elakkan dari mengambil lemak untuk
menurunkan berat badan?

- Tidak! Anda perlu mengambil lemak. Lemak penting untuk
sintesis hormon. Namun bukan semua lemak anda boleh ambil.
Lemak tidak tepu (unsaturated) sahaja dibenarkan. Sebagai
contoh, olive oil, fish oil & kekacang.

3) Minum air masak sebanyak mungkin membantu menurunkan
berat badan?

- Ya! Namun kajian membuktikan minum air masak satu gelas
sebelum sarapan, lunch dan dinner dapat mengurangkan
pengambilan kalori sebanyak 30%. Jadi minum air masak dulu
sebelum makan. Malah air masak dapat tingkatkan pembakaran
lemak dan meningkatkan metabolisma badan.

4) Ok ke makan banyak-banyak ketika lunch dan ketika dinner tidak
makan?

-Tidak boleh. Ia akan menyebabkan pankreas anda bekerja lebih
kuat ketika lunch dan meningkatkan tahap kelaparan 'craving'
ketika dinner. Malah teknik ini akan menurunkan kadar
metabolisma anda.

5) Makan secara perlahan-lahan adakah bagus?

- Ya tepat sekali. Ini kerana badan kita akan terima signal
kekenyangan dalam tempoh 15 hingga 20 minit selepas perut kita
penuh dengan makanan.

6) Perlu ke saya merancang setiap makanan yang ingin saya ambil?

- Para pengkaji telah berpendapat, seseorang yang merancang
plan pemakanannya akan berjaya dalam mengekalkan bentuk badan
yang ideal. Perancangan ini telah membantu mereka daripada
mengambil snack atau makanan yang merapu-rapu.

7) Adakah diari kalori membantu saya dalam menurunkan berat
badan?

- Ya betul! Diari kalori dapat membantu anda mengesan 'lebihan'
kalori yang diambil. Selain itu, ia juga dapat menunjukkan
'pattern' atau corak pemakanan kita pada masa lampau. So
masa gemuk anda dapat tahu bagaimana corak pemakanan anda,
dan masa kurus pula anda tahu apa yang anda makan.

8) Perlukah saya mengelakkan diri dari makan karbohidrat?

- Tidak perlu kerana anda adalah manusia. Lainlah kalau anda
adalah herbivor atau karnivor.

Karbohidrat sangat penting sebagai sumber tenaga utama bagi
diri anda. Namun kurangkan pengambilan karboidrat ringkas
seperti gula, ais krim, coklat dan junk food. Sebaliknya
ambillah komplek karbohidrat seperti roti wholegrain dan
brown rice.

9) Kerap tidur menyebabkan kegemukkan?

- Tidak! Tidur sebenarnya sangat membantu dalam plan
'weight loss' anda. Kenapa?

Sebab tidur yang cukup dapat membantu anda mengurangkan
rasa kelaparan "craving". Lebih banyak anda berjaga, lebih
lapar anda rasa.

Kedua dengan tidur yang cukup ia dapat menstabilkan metabolisma
dan membantu anda 'cut off' kalori sebanyak 6%. Sebab anda
tidak makan ketika tidur!


Cukup la 9 point saya ketengahkan disini berkaitan fakta
mengurangkan berat badan khas untuk anda.

Walaupun tidak banyak, saya harap ia sedikit sebanyak dapat
membantu anda mengurangkan berat badan.

sumber : e-mail

MP : Berat badan kurang, risiko penyakit pun kurang.

Comments

Popular posts from this blog