Bagaimana Untuk Membakar Lebih Kalori?

burn calories 300x195 Cara Cepat Untuk Membakar Kalori
sumber

Fakta berkaitan pembakaran kalori.

1) Untuk membakar lebih kalori, pergerakan harus
dipertingkatkan. Ia telah diakui oleh Barry M. Popkin,
PhD, University of North Carolina, Chapel Hill.


2) Latihan senaman yang lebih tinggi intensitinya, lebih
tinggi pembakaran kalori. Ia diakui oleh Christopher Wharton,
PhD, Yale University.

3) Bagi golongan obesity, cara terbaik untuk membakar kalori
adalah dengan melakukan senaman jalan kaki 10,000 langkah
setiap hari. Ia diakui oleh George Bray, MD dari Pennington
Biomedical Research Center in Baton Rouge.

4) Sauna tidak membakar kalori yang banyak. Kalori dibakar
bertujuan untuk menghasilkan tenaga. Tenaga diperlukan untuk
melakukan pergerakkan. Duduk sahaja dalam peti panas sudah
tentu tidak membantu pembakaran kalori yang banyak.

5) Pembakaran kalori lebih hebat dengan melakukan latihan
bebanan (workout). Pertambahan sel otot pastinya meningkatkan
lagi metabolisma diri anda. Ia telah diakui oleh School of
Nutrition and Exercise Science at Bastyr University.

6) Caffeine dapat membantu diri anda meningkatkan pembakaran
kalori. Ia bertindak dengan meransang kadar metabolisma diri
anda. Pengambilan 250mg caffeine sehari dapat meningkatkan
pembakaran kalori sebanyak 10%. Ia diakui oleh amie Pope, MS,
RD, LDN, a nutrition lecturer at Vanderbilt University School
of Nursing.

7) Berdiri membakar lebih kalori daripada duduk. Berjalan
membakar lebih kalori daripada berdiri. Jadi sentiasa pastikan
diri anda bergerak kesana kemari. Aktifkan diri anda.


kredit : sumber

MP :  Fakta ini sangat menarik dan boleh dikongsi untuk diamalkan bersama bagi menjaga kesihatan kita.....

Comments

Popular posts from this blog