Metabolisma menyebabkan LEMAK berlebihan?


sumber google

Apa itu metabolisme? Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

1) Sejauh manakah kecekapan badan anda menukar makronutrien
kepada tenaga (kalori). Itu adalah metabolisma, proses
pembakaran kalori. lelaki mempunyai metabolisma lebih tinggi
dari wanita. So lelaki mempunyai keupayan membakar kalori
lebih tinggi dari wanita.


2) Proses metabolisma berlaku setiap saat. Walaupun anda
sedang tidur. Ini bermakna proses pembakaran kalori berlaku
setiap detik.

3) Sel otot membakar lebih kalori dari sel lemak.
2.2kg otot dapat membakar kalori sebanyak 3 kali ganda
lebih tinggi dari 2.2kg lemak. Point disini menunjukkan
workout dapat membantu anda membakar lebih kalori.

4) Proses metabolisma memerlukan air yang banyak. Kekurangan
air akan menyebabkan metabolisma menurun. Kajian menunjukkan
seseorang minum 8 gelas air kosong sehari dapat membakar lebih
kalori berbanding orang yang minum 4 gelas sehari.

5) Vitamin B Komplek dapat membantu sel meningkatkan
metabolisma. Dalam kebanyakkan minuman bertenaga, unsur
dalam vitamin B dimasukkan sekali agar ia membantu anda
meningkatkan metabolisma.

6) Kaffein juga dapat meningkatkan metabolisma. Kajian
menunjukkan minum satu gelas coffee sebelum workout dapat
meningkatkan kekuatan otot dan meningkatkan pembakaran kalori.

7) Makan 4-5 kali sehari dapat mengaktifkan kadar metabolisma
diri. 3 makanan utama (breakfast, lunch & dinner) dan masukkan
2 hidangan kecil antara makanan utama.

8) Protein lebih sukar dicernakan berbanding karbohidrat dan
lemak. Jadi pengambilan protein yang tinggi dapat meningkatkan
metabolisma badan.

9) Elakkan 'crash diet'...crash diet adalah diet yang diambil
kurang dari 1000kcal sehari. Ia memang berjaya menurunkan berat
badan namun penurunan itu berpunca dari jisim otot. Ia akan
menurunkan kadar metabolisma diri anda. Seterusnya anda mudah
mengalami peningkatan berat badan kembali jika terlebih
mengambil kalori.

10) Cara terbaik meningkatkan metabolisma adalah membuat
aktiviti yang membakar kalori. Bina otot dengan workout dan
kekalkan kehidupan yang aktif. Lagi banyak pergerakkan anda,
lagi tinggi pembakaran kalori diri anda.


Kredit : sumber & sumber

MP :  Berhenti makan sebelum kenyang.......

Comments

Popular posts from this blog