Saturday, May 3, 2014

Senaman Kardio

sumber

Kenapa senaman kardio dapat membakar lemak dengan pantas dan
dapat menghilangkan perut buncit?

Tentu kita kurang faham apa itu senaman kardio?

Senaman kardio adalah senaman yang meningkatkan 'heart rate'
atau denyutan nadi. Sebagai contoh berlari, joging, berbasikal,
berenang, futsal dan sebagainya.

Apabila kita melakukan senaman kardio, denyut jantung kita
akan meningkat.

Aliran darah juga akan meningkat laju supaya oksigen dapat
dibekalkan ke seluruh badan.

Disebabkan senaman kardio ini melibatkan 'skeletal muscle'
atau otot yang menyebabkan pergerakan maka ia memerlukan banyak
tenaga dalam kadar masa yang cepat.

Dalam badan kita, glukosa adalah tenaga yang mudah dan paling
cepat boleh dibekalkan kepada otot skeletal berkenaan.

Maka glukosa akan digunakan yang diambil dari tapak simpanan
glukosa.

Jika uolls selalu buat senaman kardio, tapak simpanan glukosa
sentiasa akan kurang. Ini adalah bagus sebenarnya.

Kenapa ia bagus?

Kalau uolls nak tahu, dalam badan kita tapak simpanan glukosa
tidak banyak dan tidak selalu bertambah.

Apabila tapak simpanan glukosa uolls telah penuh, ia perlu
dikosongkan balik.

Cara dia kosongkan balik adalah dengan tukarkan kepada tenaga
(sebab senaman kardio) ATAUPUN kepada LEMAK.

So jika uolls tak buat senaman kardio, glukosa uolls akan
ditukar kepada LEMAK!

Lemak ini tiada had simpanan. Dia boleh simpan sebanyak mungkin
dibawah kulit uolls.

Cuba picit perut uolls. Tebal tak lemak yang korang ada?

Kalau tebal bermakna uolls kurang melakukan senaman kardio.

As simple as that...

Ok.... sekarang dah fahamkan....jom kita lakukan senaman kardio ini....


MP :  Joging petang nanti.......