Terkilan Dengan Harga Makanan


Rasa kecewa sangat dengan kebanyakan kedai makan.  Permulaan berniaga lauk pauk dijual memang murah dan berbaloi.  Siap minta pendapat pelanggan untuk cadangan lauk pauk yang mengikut citarasa pelanggan dan sms ke nombor sekian.

Masuk bulan-bulan berikutnya semuanya indah kabar dari rupa. 2 lauk yang dulu harga dalam lingkungan tak sampai RM5.00 kejapan jer dah naik ke RM4.00 ke atas untuk satu lauk.  Aku masih ingat lagi pada suatu hari aku terjumpa lalat dalam lauk telur itik dan tauke kedai siap minta tukar ke lauk lain.  Sekarang......semuanya hampeh....

Macam tengahari tadi aku hanya ambil nasi dan lauk daging kebiasaannya dulu dikira tak sampai RM3.00 tapi hari ini dikira RM4.50.....siap tengok berkali-kali lauk yang aku ambil. Macam susah sangat nak kira, padahal dulu sekali sebut jer.....AKU HANYA AMBIL SATU JENIS LAUK SAHAJA........

Kalau macam ini ler cara orang kita berniaga memang tak lama.  Aku pernah follow my colleague ke kedai berbangsa Tionghua....harga makanan yang dijual memang murah dan berbaloi, bila aku tanya harga makanan yang dijual 3 jenis lauk tak lebih dari RM5.00.  Lauk pauk yang dijual cepat habis.  Pelanggannya silih berganti keluar masuk kedai.....

Ikut konsep dorang berniaga biar untung sikit tapi tahan lama.  Bukan konsep nak cepat kaya dengan menaikkan harga sesuka hati.  Kebanyakan kedai orang kita begini ler....bila tak ramai orang mula ler bersangka buruk dan iri hati.......Sekarang kedai tu dah kurang pelanggan, nak salahkan siapa?  AKU DAH PANGKAH KEDAI INI SEBAB INI KALI KEDUA AKU KENA......


Sebagai seorang yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang sudah tentu kita mencari yang murah dan berbaloi.......

Nanti aku story harga makanan di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka.....memang cekik darah.....(bako darah......kata orang Melaka)   be careful......

MP : Fikir-fikirkanlah.....

Comments

Popular posts from this blog