Monday, May 12, 2014

Tinggal Kenangan

Pagi tadi aku ke UIA Petaling Jaya untuk ambil anak perempuan aku yang study kat sana.

Selama anak aku study di UIA PJ dah beberapa kali aku terlajak jalan,  maklum ler jalan menghala ke PJ dari Plaza Tol Sg. Besi memang banyak berubah dan banyak laluan highway ke sana. Padahal 20 tahun lepas aku memang sinonim laluan ke PJ. Masa merubah dengan pantas sekali....

Pernah sekali semasa nak balik ke Melaka dari PJ, 
aku terlajak simpang ke Plaza Tol Sg. Besi akibatnya aku terus menghala ke Maju Expressway (Mex).  Masa tu aku leka berbual dengan my hubby, tak perasan simpang tapi kalau tak silap aku takkan rasa nak lalui highway paling tinggi tu memang nervous ler. Tapi itu kenangan dan satu pengalaman baru.


Selepas nie takde lagi nak ke sana. Insya-Allah akan ke UIA Gombak @ LONDON....hihi...ricky jalan ke sana pulak dah...kalau ke London naik flight ler....


Selamat tinggal UIA PJ......macam ler aku student kat sana....

Banyak nak citer tapi hari dah larut malam...dah 12 tengah malam nie....next entry ler....tajuk entry nie pun aku tak tahu nak letak tajuk apa....belasah jer....dah banyak kali tukar tajuk....

MP: Masing-masing rabun, bila bawa kereta kena perhati signboard betul-betul......