Saturday, June 7, 2014

Aktiviti Cuti Hari Ini

Di pinggir Sungai Melaka
Sempena cuti umum  Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong hari ini Bandar Melaka memang jammed.  Kalau di sekitar Melaka Sentral rata-rata dipenuhi warga asing.  Pagi tadi aku ke salon rambut tapi hampa sebab ia dipenuhi oleh warga asing.  Bila cuti umum tempat-tempat lepak memang dipenuhi oleh orang luar jer.


Suasana malam di pinggir Sungai Melaka
Petang tadi laluan ke Hang Tuah Mall ditutup untuk beri laluan Perarakan Melaka Parade yang berlangsung pada pukul 8.00 malam tadi.  Terdengar dentuman bunga api tadi dari rumah.....untuk keluar tengok memang sorry ler.....  Bandar Melaka kebiasaannya kalau musim cuti sekolah @ hujung minggu jalan raya di sekitar Bandar Melaka dipenuhi kenderaan dari luar dan suasana sesak ini memang agak membosankan, rasa nak naik basikal jer kalau keluar rumah.  Betapa ramainya pelancong luar datang ke Melaka.  Itu sebab banyak homestay dan hotel penuh di kala waktu puncak ini.

Laluan Di Bawah Jambatan Hang Tuah

Apa aktiviti uolls hari ini.......?


MP :  Panas berdengkang hari ini.....