Apa Tema Baju Raya Tahun Ini?

Warna purple

Ramadhan akan tiba tidak lama lagi....hampir 2 minggu umat islam akan menyambut bulan Ramadhan. Tetapi ramai yang dah pun mencari baju-baju raya dan ada yang sudah menempah baju raya.  Kita kena menempah cepat sebab sebelum bulan puasa lagi tailor dah stop tempahan.

Minggu lepas semasa sedang wechat dengan anak bujang aku yang bertugas di Sabah, dia sempat tanya apa tema baju raya tahun ini.  Dah lama tak bertukar baju melayu raya katanya...kesian...maklum ler raya pun bertugas dan time puasa tahun lepas telah dihantar bertugas di Sabah so tak sempat dan tak biasa suasana di sana....pakai jer baju lama.  Ikut pilihan aku tema tahun ini aku nak bertemakan merah @ hijau.  Tetapi anak aku suggest warna purple.  Ok jugak tu.....

So semasa window shopping di Tesco aku sempat jengah booth-booth yang menjual baju-baju raya....belum puasa lagi tapi dorang dah pun start jual baju raya.  Apa lagi aku capai satu baju kurung warna purple untuk dak adik....(macam dalam gambar tu)  Nampak cantik pula, harganya pun RM 30.00 sepasang, ini brand Gene Martino...aku rasa harganya murah dan berbaloi......ada offer time tu....Tapi aku belum beli lagi yea hanya sempat berposing dengan baju warna purple nie jer....ola-ola.....ok...bye...


MP :  Warna purple ler tema baju raya tahun ini yeah....apa tema baju raya uolls...?

Comments

Popular posts from this blog