Konsert Akhir Kilauan Emas Musim Ke 4 Penuh Suspen


Konsert akhir Kilauan Emas Musim Ke 4 semalam memang suspen dan penuh kejutan. Keterujaan untuk mengetahui siapakah yang bakal bergelar juara terus menjadi tanda tanya bila pengacara Kak Engku mengumumkan Arip, Zain dan Ben bakal berentap sekali lagi bagi merebut gelaran juara di Konsert Mega Akhir yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

Photo: Tempat keempat #KilauanEmas4 dimenangi oleh #Nordin. Tahniah Diucapkan.Photo: Tempat kelima #KilauanEmas4 dimenangi oleh #NAS. Tahniah diucapkan.


Konsert semalam tempat kelima telah dimenangi oleh Nas yang membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta pakej percutiaan tajaan PNB Ilham Resort, langganan majalah MIDI selama tiga bulan dan sebuah trofi sumbangan Astro. Manakala Nordin mendapat tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai RM15,000, pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort, langganan majalah MIDI selama tiga bulan dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Photo: Anugerah Nestle Omega PLUS #KilauanEmas4 dimenangi oleh #NordinPhoto: Anugerah Peserta Teladan NOP #KilauanEmas4 dimenangi oleh #Raida

Anugerah  Kesihatan Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus dimenangi oleh Nordin sebanyak RM15,000. Anugerah Peserta Teladan Nestle Omega Plus pula dimenangi oleh Raida.

Melalui tema bebas para peserta menyanyikan lagu favourite masing-masing dan para peserta diberi sebuah lagu baru hasil komposer tanah air.

Photo: Taman Rashidah Utama persembahan #Arip sebentar tadi. Bagaimana persembahan beliau? teruskan mengundi

UNDI ARIP - SMS:
Taip KE<jarak>ARIP atau KE< 3/5/10><jarak>ARIP untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ARIP ke 32777
Untuk 20 undian: Taip KE20<jarak>ARIP ke 32777. #kilauanemas4Photo: Lagu baru #Zain bertajuk Cinta Satu. Bagaimana persembahan dan lagu ini? berikan komen anda menggunakan hashtag #KilauanEmas4

UNDI ZAIN - SMS:
Taip KE<jarak>ZAIN atau KE< 3/5/10><jarak>ZAIN untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ZAIN ke 32777
Untuk 20 undian: Taip KE20<jarak>ZAIN ke 32777

Arip mempersembahkan lagu Taman Rashidah Utama dan sebuah lagu baru bertajuk Aku Tak Bisa khas ciptaan Edry KRU.  Persembahan Arip malam tadi paling meletops dan terbaik kejujuran vokalnya mendapat pujian juri.

Zain pula mendendangkan lagu baru bertajuk Cinta Satu ciptaan Audi Mok dan Omar K.  Lagu pilihannya pula ialah Perjalanan Hidup.


Photo: Dirasuk Asmara lagu baru yang dicipta khas untuk #Nas. Bagaimana persembahan beliau? #KilauanEmas4

UNDI NAS - SMS:
Taip KE<jarak>NAS atau KE< 3/5/10><jarak>NAS untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 NAS ke 32777
Untuk 20 undian: Taip KE20<jarak>NAS ke 32777.Photo: Bed Of Roses persembahan #Ben di Konsert Akhir #KilauanEmas4. Vokal yang mantap dan persembahan yang menarik #OtaiMasihBerbisa

UNDI BEN - SMS:
Taip KE<jarak>BEN atau KE< 3/5/10><jarak>BEN untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 BEN ke 32777
Untuk 20 undian: Taip KE20<jarak>BEN ke 32777.

Lagu pilihan Nas di Konsert Akhir malam tadi bertajuk Mungkir Bahagia. Manakala lagu baru hasil ciptaan Adnan Abu Hassan Dirasuk Asmara dicipta khas untuk Nas

Bed Of Roses merupakan lagu pilihan Ben dan lagu baru Bidadariku yang dicipta oleh LY dan Baiduri dinyanyikan oleh Ben dengan baik sekali.

Photo: Persembahan #Nordin lagu baru bertajuk Luluhan Jiwa. Terbaik dan menarik persembahan beliau. Teruskan mengundi. #KilauanEmas4 #OtaiMasihBerbisa

UNDI NORDIN - SMS:
Taip KE<jarak>NORDIN atau KE< 3/5/10><jarak>NORDIN untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 NORDIN ke 32777
Untuk 20 undian: Taip KE20<jarak>NORDIN ke 32777.Photo: Nassier Wahab dan Rohana Jalil menyampaikan lagu Naluri Cinta di #KilauanEmas4 #OtaiMasihBerbisa

Nordin pula menyanyikan sebuah lagu baru bertajuk Luluhan Jiwa ciptaan Ayai Ilusi dan lagu pilihan bertajuk Seroja. 

Pada konsert akhir Kilauan Emas penyanyi Nassier Wahab dan Rohana Jalil menyampaikan lagu Naluri Cinta, penyanyi asalnya ialah To'Ki.

Photo: Ziana Zain menyampaikan lagu Penawar Semalu dan Puncak Kasih. #OtaiMasihBerbisa #KilauanEmas4Photo: Persembahan mantap daripada artis jemputan Zamani Slam #KilauanEmas4 #OtaiMasihBerbisa

Ziana Zain menyampaikan lagu Penawar Semalu dan Puncak Kasih dengan penuh perasaan. Persembahan mantap daripada Zamani Slam mengimbau kenangan di era 90an buat kita semua.


Photo: Diikuti dengan persembahan Firman dengan lagu Kehilangan dan Rindu Serindu-rindunya serta Budi Setahun Segunung Intan duet bersama Farahwahida. #KilauanEmas4 #OtaiMasihBerbisaPhoto: Persembahan istimewa daripada Datuk Ramli Sarip dengan lagunya Istilah Bercinta & Jikalau Berkasih

Pada permulaan Konsert Akhir Kilauan Emas Musim Ke 4 semalam Firman menyayikan lagu Kehilangan dan Rindu Serindu-rindunya. Beliau berduet bersama Farahwahida dengan lagu Budi Setahun Segunung Intan.

Persembahan istimewa daripada Datuk Ramli Sarip dengan lagunya Istilah Bercinta & Jikalau Berkasih mendapat tepukan gemuruh dari penonton.

Juara Kilauan Emas Musim Keempat (KE 4) bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry 2.0E bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.  Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000, sebuah kereta Nissan X Gear bernilai RM85,000 dan trofi.  Manakala tempat ketiga pula dengan wang tunai RM30,000 beserta trofi. Siapakah agaknya peserta yang bertuah bakal bergelar juara nanti.

Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4  minggu hadapan bermula 9.30 malam di saluran Astro Prima (105) dan Astro Mustika HD (134).  

Bintang bergemerlapan  OTAI MASIH BERBISA


MP :  Persembahan terbaik Konsert Akhir Kilauan Emas Musim Ke 4 ini aku pilih Arip, persembahan beliau tidak mengecewakan.....

Comments

Popular posts from this blog