Konsert Mega Akhir Kilauan Emas Musim Ke 4

Foto
Zain, Arip & Ben

Konsert Mega Akhir Kilauan Emas Musim Ke 4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil nanti bakal menyaksikan pertarungan sengit antara Benasil Kundong (Ben), Md Zain Ramli (Zain) dan Omar Sharif Mat Din (Arip).  Cabarannya kali ini mereka akan akan melalui tiga cabaran iaitu tema bebas, lagu asal (lagu baru) dan duet.



Rupa-rupanya 'kejutan' pada pentas akhir konsert Kilauan Emas Musim Ke 4 lalu 
adalah dirancang menurut Pengurus Saluran Astro Prima Namanzee Hariss.  Itulah konsep program realiti....penuh suspen....penuh kejutan yang tidak disangka-sangka.

Foto
Para Juri


Siapalah agaknya yang akan bergelar juara dan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, Toyota Camry dan pakej percutian ke Bali, Indonesia. Bagi naib juara pula menerima RM50,000, kereta Toyota X Gear serta pakej percutian ke Ho Chi Minh, Vietnam dan ketiga meraih RM30,000 dan percutian ke Bandung, Indonesia.

Hadiah Kilauan Emas Musim Ke 4 ini memang lumayan dan rezeki akan berpihak pada peserta yang terbaik.

Nantikan siarannya di Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

kredit : sumber

MP :  Tak sabar nak tunggu Konsert Mega Akhir Kilauan Emas minggu depan......

Comments

Popular posts from this blog