Sukan Tahunan Sekolah Sebelum Menyambut Ramadan


Rata-rata hari khamis lepas banyak sekolah telah mengadakan hari sukan tahunan.  Ini bermakna kalau sukan diadakan pada hari khamis maka hari jumaat sekolah akan beri cuti peristiwa.  Seterusnya cuti di hujung minggu untuk menyambut awal Ramadan.



Hari khamis lepas Sek. Keb. Tengkera (2) di Melaka telah mengadakan sukan tahunannya di Institut Perguruan Durian Daun, Melaka.  Murid-murid sekolah teruja bila sukan diadakan di sana kerana ada laluan trek yang menarik, padangnya yang luas dan kemudahan tempat duduk yang selesa.



Pelbagai acara sukan diadakan antaranya sudah semesti acara larian, ada acara untuk ibu bapa dan para petugas.  Paling menarik acara tarik tali antara rumah hijau dan rumah kuning.  Akhirnya rumah kuning yang telah menjadi juara 3 tahun berturut-turut dapat mengekalkan kejuaraannya.  Tahniah buat pasukan yang menang.

Jom layan gambar-gambar di sini yea......





MP :  Banyak hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak sekolah.....

Comments

Popular posts from this blog