Tiga Orang Adikku Dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PKNS 2014


Alhamdulillah.....malam semalam ada sambutan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PKNS 2014 yang berlangsung di Hotel De Palma Shah Alam.  Tapi apa mengena PKNS ini dengan aku ek?  Ia takde kena mengena pun.

Tetapi yang ada kena mengena ialah adik aku yang 3 orang ini, mereka bekerja di PKNS 
(Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor).  Adik-adik aku antara yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PKNS 2014 ini.


Photo

Rasa bangga sebab inilah pertama kali adik-adik aku dapat Anugerah ini.  Rasa terujanya bila 3 orang sekali dapat.  Memang retis ler korang......lagi pun dengar ada orang suratkhabar interview korang dan flash camera berkelip-kelip mengambil gambar mereka.  Memang gempar ler korang dapat Anugerah ni.  Murah rezeki korang dapat Anugerah ini.   Adik lelakiku yang bongsu tu, baru jer dapat anak perempuan, dapat diserap ke jawatan tetap di PKNS dan dapat lagi Anugerah ini.  Berturut-turut rezeki datang yea.......

Mereka mendapat wang tunai dan sijil.  Apa lagi... minggu depan hari pertama puasa balik kampung kena ler open table belanja kita orang ni....hihihi......

Lepas ini harus lebih bersemangat dan bertanggungjawab lagi memberikan khidmat tugas yang jujur dan amanah.


MP :  Bersyukur dengan pemberian yang diterima........

Comments

Popular posts from this blog