Thursday, July 17, 2014

Hamper Hari Raya


Hamper hari raya ini aku beli minggu lepas.  Dua hamper aku beli di Aeon Jaya Jusco dan satu lagi di Giant. Boss aku pada mulanya dia nak dua hamper jer.  Tup-tup bila aku dah beli dia minta belikan lagi satu untuk best friend.  



Pastinya hamper yang lagi satu puas aku cari yang lain sikit, sebab my boss tak nak hamper yang berisi makanan ringan.  Kalau boleh yang standard sikit dan makanan dalam hamper mestilah tahan lama dan baik.   Kadang-kadang ada hamper terselit makanan ringan yang bila dimakan dah rasa lemau walaupun hamper tu bernilai ratusan ringgit.  So kena alert bila membeli hamper.  Hamper kat atas nie bernilai RM 100 ke atas.

Hari ini mood ke laut...penat sangat tadi siang aku outstation ke Petaling Jaya dan ke kilang Adabi Rawang jumpa customer.  Idea banyak tapi nak menaip entry rasa malas dan letih. 

MP :  Mood.....penat + letih......