Friday, July 4, 2014

Sekitar Majlis Pengebumian Allahyarham Koperal Che Mohamad Fatonah bin Che Ismail


Rentetan entry ini semalam....Dalam kejadian pada 3 Julai 2014 jam 6.45 petang, sebuah kenderaan perisai jenis Sibmas dari pasukan 3 Kor Armor Diraja, Sungai Petani, Kedah ke Lapangsasar Asahan, Melaka untuk menjalani latihan Kem Kemahiran Senjata telah terlibat dalam kemalangan di KM232.6, Lebuhraya PLUS menghala ke selatan di kawasan Bukit Gantang, Perak.

Kemalangan tersebut tidak mengakibatkan kerosakan pada kenderaan awam dan dipercayai terbabas ketika menuruni bukit serta hilang kawalan.



Kemalangan ini mengakibatkan kematian dan kecederaan kepada anggota-anggota seperti berikut:

i Sarjan Bayong anak Burma - Ketua Kenderaan

Mendiang terkorban di tempat kejadian dan akan dikebumikan di kampung halaman beliau di Taman Desa Indah, Sri Aman, Sarawak. Mendiang teah berkahwin dengan Nancy ak Garang dan dikurniakaan tiga cahayamata. Jenazah mendiang dijangka akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Bayan Lepas dengan pesawat MAS pada jam 7 pagi esok.


ii Koperal Che Mohamad Fatonah bin Che Ismail.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar dan jenazah Allahyarham telah dikebumikan di kampung halaman Allahyarham di Kampung Tok Sabah, Kuala Besut, Terengganu sebelum solat Jumaat hari ini. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatihah bt Ismail dan dikurniakan seorang cahayamata

iii. Koperal Mohd Sarifuddin bin Abdullah.

Cedera dan kini masih berada di Hospital Kuala Kangsar. Berada dalam keadaan stabil.

iv. L/Koperal Freedy 

Cedera dan kini masih berada di Hospital Kuala Kangsar. Berada dalam keadaan stabil.



Punca kejadian kemalangan akan disiasat melalui Board of Inquiry (BOI) oleh Tentera Darat dengan lebih lanjut. Pihak Tentera Darat mengharapkan agar tiada khabar angin dan spekulasi berkaitan punca kemalangan tersebut dan berjanji akan menangani perkara tersebut denga sebaiknya.

Panglima Tentera Darat mewakili seluruh warga Tentera Darat mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan Allahyarham atas kejadian yang berlaku. 


kredit : sumber

MP :  sebagai seorang family anggota tentera kemalangan ini memang begitu menyentuh jiwa dan touching....Al fatihah.....