Wednesday, August 20, 2014

Kereta Perisai Adnan Terbalik Di Sandakan



Makluman awal kes kemalangan ketika Ronda KTJ Sandakan.

1) Kenderaan Terlibat : 1x MIFV (ZB 3816).


2) Lokasi insiden : Simpang 3 Kg Sg Tiram, Labuk Bay.



3) Anggota terlibat kemalangan: 


Meninggal dunia di tempat kejadian - 


a) 1125187 Sjn Mohd Hanif bin Patahurrahim


b) 1169936 Pbt Ahmad Fikri bin Mansor.

4) Tujuan ronda : Ronda berkenderaan KJA MIFV.

5) Masa kejadian : 1145H

6) Tahap kecederaan dan kerosakan : 4 x anggota cedera ringan.


7) Laluan ronda yang digunakan : Kem Sri Kinabatangan - Fajar - Jalan Labuk - Sepilok - 


Labuk Bay - Kem Sri Kinabatangan.

8) Ringkasan insiden : Pada jam 0800H, ronda berkenderaan KTJ Sandakan berkekuatan 


seramai 1 + 15 LLP dan 2 x IFV 12.7mm (ZB 3816 dan ZB 3823) keluar ronda seperti yang 

telah dijadualkan. Kejadian berlaku di Simpang 3 Kg Sg Tiram, 6 km dari Labuk Bay pada 

jam 1145H. Kenderaan yang terlibat adalah 1 x MIFV ZB 3816 dipercayai pemandu hilang 

kawalan ketika b di kawasan selekoh tajam. Laju kenderaan pada masa kejadian adalah 40 

KM/J. 4 x anggota cedera ringan dan 2 x anggota meninggal dunia.



Terperanjat aku bila mendengar kereta perisai Adnan yang terbalik di Sandakan, Sabah semalam.  Cepat-cepat aku whatsapp anak aku yang bertugas di Kem Kinabatangan. Menurut katanya, dorang dari geng Mekanize 12 Melayu yang berpangkalan di Kuantan. Sekarang mengadakan OPS Daratan di Sandakan.

Memang risau aku dibuatnya sebab anak aku yang bertugas di Kem Kinabatangan sedang ikuti satu operasi bersama dengan US Army di Esscom Zone Lahad Datu. Memang seriau mendengar kemalangan ini. Semenjak kebelakangan ini banyak kemalangan yang terjadi pada anggota-anggota tentera kita yang sedang bertugas dan sebaliknya.

Walau apa pun yang terjadi kita sebagai waris terdekat haruslah tabah dan kuatkan semangat hadapi segala kemungkinan.  Segala yang terjadi atas kehendakNYa......

Kebiasaannya anak aku akan beritahu sekiranya beliau mengikuti operasi atau bertugas di luar kawasan.  Ini bermakna apa-apa yang terjadi aku akan alert......Sebagai parent aku selalu berhubung dengan anak aku.  Sekiranya beliau memasuki kawasan larangan atau masuk hutan segala hubungan komunikasi akan terputus sementara....pernah terjadi pada tahun lepas beliau masuk hutan hampir 2 bulan.....No communication....



MP :  Al fatihah.....
        Semoga anak aku melakukan operasi dengan jayanya dan berwaspada....pakai loreng           baru.....nampak......