Thursday, September 25, 2014

Bayar Saman MPHTJ Di UTC Melaka

UTC - Tingkat 5

Ini cerita 2 hari lepas aku kena saman parking. Kalau nak ikutkan memang tak kena saman sebab aku beli kupon parking untuk sebulan. Tetapi disebabkan kupon tu tertutup dengan penghadang cahaya kereta kat dashboard maka tidak ler kelihatan kupon tersebut.

Kadang-kadang aku terlupa letak kupon tu, nasib baik tak kena saman.....Lagi pun yang rounding kat area parking nie dah tahu kita orang punya kereta, so dorang round jer takde pun nak jengah. Tapi kali ini nasib tak baik aku kena saman parking dan aku yakin ini mesti staff baru yang round kat situ. Berani ko saman kereta kak cik kawasan....hihi

Time kena saman tu aku lak busy, kalau tak dah kena jerit dengan aku dari tingkat atas.  Maklum ler kalau dorang lalu lalang kat bawah aku boleh tengok melalui cctv. Aduhai...

pintu masuk di dalamnya banyak kaunter

Apa lagi dah kena saman RM 30 hinggit gilo ko kalau tak bayar...kang road tax kereta tak boleh renew. Maklum ler sekarang semua sistem online.  Klik sini, sana sangkut klik sana, sini sangkut.

Tapi kalau jelaskan saman dalam tempoh seminggu cajnya dalam RM 10 gitu.....so kena ler bayar cepat-cepat....jangan bertangguh nanti cajnya akan naik ke RM 50 kalau lewat sebulan dan kena naik mahkamah.....

Malamnya aku bergegas ke UTC.  Di tingkat 5 tu macam-macam kaunter yang ada. Inilah first time bayar saman.  Kelihatan kaunter pusat zakat, kaunter MBMB, MPHTJ, MPAG, MPJ, kaunter TAPEM dan sebagainya.  Cer tengok gambar di atas. Masuk jer di pintu masuk sebelah kiri tu kelihatan mesin untuk mengambil nombor.  Dapat pulak time tu suasana lengang kejap jer proses pembayaran tu.

Di Bandar Melaka ni ada UTC yang merupakan sebuah pusat transformasi bagi kemudahan orang ramai....orang kata macam-macam ada....

MP: komputer kat rumah nie problem tak boleh connect line internet...so type guna note 3 ler yea....