Wednesday, September 17, 2014

Cerita Cuti Hari Malaysia

memegang panji-panji batalion

Semalam 16 September merupakan Hari Malaysia.  Satu Malaysia cuti... ada sambutan Hari Malaysia di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu Sabah.  Tu yang letak gambar anak...katanya berdiri bulu tengkuk time pegang panji-panji batalion.  Tahu tak uolls panji-panji tu apa?  

Aku rasa sure ramai yang tak tahu apa itu panji-panji yea....panji-panji merupakan bendera....dalam tentera ia disebut panji-panji, tak kira ler bendera negeri, bendera negara atau bendera tertentu.  Contohnya di setiap rejimen ada panji-panjinya sendiri.

gambar dari paper utusan malaysia...yang mana satu nie....

Memang berbeza warna dan lambang bagi setiap panji-panji. Mengikutnya lagi, ada satu perasaan bila memegang panji-panji batalion ini.  Kenapa yea....? sebab bila kita memegang panji-panji ini akan ada satu semangat dan perasaan bangga dan hormat kepada panji-panji yang menjadi kebanggaan setiap rejimen atau negara.  Tapi kalau nak tahu kena tanya ler sendiri......

Ok....kita tinggalkan cerita panji-panji ini...sebenarnya aku nak cerita fasal cuti semalam. Ingat bila cuti tu boleh ler online...tapi line streamyx kat rumah lak problem sekali dengan komputer Dell pun problem.

Public holiday semalam aku rasa kedai komputer semua tutup tapi ada satu-satunya kedai komputer yang buka kat town nie. Apalagi repair ler kejap komputer yang dah nazak, katanya hard disk problem....memang aku nak kena tukar yang baru....asyik nak kena format jer....


Petang ambil komputer, dah siap install wire semua... call ler Telekom Malaysia, ingatkan dah boleh masuk internet tapi hampeh....my komputer tak boleh connect modem nie.....may be line streamyx kat luar tu yang problem.  So memang bosan giler semalam....cuti tapi dok tercongok nonton tv......

Komputer problem, streamyx problem, handphone tak boleh connect wifi streamyx,......stress.....dah 3 hari line streamyx tak boleh connect kat handphone, tablet, ipad dan sewaktu dengannya.....


MP :  Hari ini baru boleh online kat office......hoho....