Sunday, September 21, 2014

Homework Bahasa English Yang Tak Siap

Bahasa English Tahun 3

Hari sabtu semalam aku memang sibuk kat office.  Dah tengah malam ini baru nak update entry.

Minggu depan dah start sekolah semula setelah cuti seminggu. Ramai yang menghabiskan cuti-cuti Malaysia....Aku tak ke mana cuti ini....kerja...kerja...yang tak tiada penghujungnya....

Sebenarnya aku nak cerita homework anak aku.  Dah nak start sekolah baru ler anak lelakiku yang sorang nie tunjuk homework yang tak siap....last minute....homework BI pulak tu...kot aku tahu tak per...tapi aku sekolah pondok jer...last week kakaknya balik dia perapkan homework nie.  Kalau tak dah siap pun...Maklum ler kakaknya ambil course English Language And Literature di IIUM...sure dia tahu.

Apalagi aku snap soalan BI nie dan forwardkan ke wechat kakaknya. Aku pun turut whatsapp ke group whatsapp classmate.  Classmate aku hampir 90% bergelar cikgu cikgi. Minta ler tolong cikgu BI ajarkan, macam tuition online ler.  Thanks Cikgu Ena yang lebih 20 tahun bergelar pendidik mengajar subjek BI.  Ni untungnya ada kawan bergelar cikgu.  Dalam pada itu ada kawan aku yang mengajar subjek BM, SAINS, MATHS, KAUNSELING, KEMAHIRAN HIDUP dan sebagainya.

So setelah dapat jawapan berdesup aku suruh anak aku jawap soalan tu. Dah malam sikit baru ler masuk wechat kakaknya.  Sama jer jawapan yang diberi.  Lepas tu aku semak semula homeworknya lagi. Ada pulak past tense dan present tense yang tak betul.  Sekali lagi aku wechat dengan kakaknya suruh bagi jawapannya sekali.....haru dibuatnya, dah nak start sekolah baru menyibuk nak siapkan homework.

Aku....macam ini ler baru sibuk menaip entry nie di tengah-tengah malam...dengan suasana dingin baru lepas hujan dan aku rasa hujan akan turun lagi hingga keesokan harinya sebab kedengaran guruh di langit.....


MP: Uolls sama macam aku....pastikan homework anak siap sebelum bermulanya persekolahan nanti...