Friday, October 31, 2014

Pameran Evolusi Senjata & Kemanusiaan Sedunia Di Muzium Negara

kredit : sumber

Di Muzium Negara ada "Pameran Evolusi Senjata & Kemanusiaan Sedunia" yang berlangsung dari Oktober 2014 ~ Februari 2015.  
Masa :  10 pagi  ~  5 petang (Dataran Muzium Negara)
Informasi terkini hanya hari sabtu sahaja ada aktiviti.  Untuk bulan November aktiviti pada tarikh 1/11, 8/11, 22/11 dan 29/11.  Hari biasa hanya pameran sahaja.  Aktiviti pada bulan Disember pula akan diberitahu kelak.

Datanglah beramai-ramai ke Muzium Negara.  Banyak pengetahuan yang kita dapat di samping memeriahkan acara yang berlangsung.

Rasanya dah lama aku tak meninggalkan jejak di Muzium Negara.   Teringat first time pergi masa lawatan sekolah pada tahun 1983. Lepas tu masa aku kerja di PJ dulu....time tu selalu gak ke sana.  Cakap jer apa pameran di Muzium Negara....mesti aku pergi.  Tapi....tapi....Ini bermakna dah 20 tahun aku tak ke sana....huwa...huwa.....terlalu lama.....

MP :  Cuti sekolah semakin hampir....jom luangkan masa beriadah bersama keluarga ke Muzium Negara......