Thursday, November 13, 2014

JPJ - Renew Lesen Memandu Di UTC Melaka

JPJ - UTC Melaka

Walaupun cerita operasi tinted dan plate kereta oleh JPJ menjadi viral di media sosial, tetapi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia tetap wajib aku buat.  Semalam aku ke UTC di Bandar Melaka untuk renew lesen memandu yang akan tamat tempoh mengikut tarikh lahir aku pada hujung bulan ini.

Pada sebelah malam urusan di pejabat JPJ dibuka pada jam 8.00 malam sehingga tamat operasi pukul 10.00 malam tetapi di bahagian kaunter sehingga jam 9.30 malam.  Sebaik sahaja pintunya dibuka aku orang kedua yang tekan nombor.  Untuk renew lesen memandu hanya RM 30.00 setahun dikenakan berbanding di Pejabat Pos ada servis caj Rm 2.00. Semalam masa nak renew lesen staff di sana yang serius mukanya menyuruh aku ready untuk ambil gambar tapi dengan muka letih aku tak nak.  Aku memang tak ready untuk snap gambar.  Aku suruh dia link jer gambar di Kad Pengenalan.  Walaupun dia cakap ambil gambar free tapi aku tak ready...k...Untuk pengguna yang tak tahu Kad Pengenalan kita boleh link dengan JPJ....senang....Oppsss...pejabat JPJ ini berada di Aras 2.  

Informasi terkini  dahulu di Aras 2 ada Jabatan Pendaftaran Negara tetapi ia telah berpindah ke Aras 7. Kalau dulu aku selalu naik tangga untuk ke Aras 2 tapi kalau dah berpindah ke Aras 7 tak larat rasanya nak naik tangga....khidmat lif diperlukan.  Tetapi semalam ada lagi pengguna yang tunggu di Aras 2.  Kurangnya informasi ini memang menyusahkan kita dan ada yang tak tahu lagi.  Hanya notis size A4 ditampal dipintu cermin, padahal pejabat JPN dah 2 minggu berpindah.  Bila aku turun ke ground floor kelihatan directory kat dinding tu tiada tertulis Aras 7.....? Pelik.... Tak der ler pulak aku nak snap gambar....nampak sangat macam wartawan.  Nak tanya receptionist pun macam sibuk jer....so abaikan... tak faham aku....

Kepada pihak berkenaan yang terbaca artikel ini sila lakukan segera informasi terkini.  Kesian pengguna.....

MP :  Banyak urusan boleh diselesaikan di UTC......