Saturday, November 22, 2014

Sekitar Gambar Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2014


Memang best dan teruja bila dapat memegang senjata M4 seperti dalam gambar di atas. Mula-mula anak aku nie malu jugak nak ambil gambar sebab ramai orang yang berada di kiosk VAT 69. Tetapi bila dah clear dan brother VAT 69 tu offer baru ler berani sikit nak ambil. Aku pun tumpang sekaki gak memegang M4 nie...tapi M4 ini yang terasa beratnya hanya ler dummy jer....(kalau nak pegang yang ori jom masuk tentera......)





Antara pesawat TUDM yang terlibat semasa karnival ini ialah pesawat pejuang MIG, helikopter EC 725 dan pesawat pengangkuit C-130H serta sebuah CN235.  Karnival yang diadakan buat kali kelima ini telah begitu menarik dan banyak aktiviti dan ruang pameran yang diadakan.


Tapi semasa aku pergi pada petang sabtu lepas tidak dapat tengok pesawat pejuang TUDM, pertunjukan diadakan pada hari jumaat dan pagi sabtu.  Aku hanya dapat tengok dari luar cermin office jer......


Petang tu ada pertunjukkan udara dengan menggunakan pesawat ringan.  Untuk masuk ke ruang penerbangan hanya perlu membayar tiket, kalau tak silap kanak-kanak RM 2 dan dewasa RM 4....




Helikopter ini juga ada membuat pertunjukkan udara...memang best sangat....


Pameran dari anggota tentera PARA menarik minat aku.  Sempat juga aku tanya misil yang seberat 16 kilo ini mampu menembak sejauh 5000 kilometer......cuba bayangkan...



Aku sempat beli keychain pesawat pejuang F/A-18D Hornet, fridge magnet dan sehelai t-shirt dari Vat 69....

Rasanya belum puas hati lagi sebab terlepas tengok pesawat pejuang membuat pertunjukkan secara live.....kena tunggu next year ler.....


MP :  Teruja.......