Tuesday, December 2, 2014

Bermalam Di Seri Hatu Hotel & SPA Port Dickson


Sabtu lepas semasa aku mengikuti perjumpaan Kelab Honda Stream di Port Dickson, kita orang bermalam di  Seri Ratu Hotel & Spa yang terletak di Teluk Kemang.  Lokasi hotel ini berdekatan dengan Balai Bomba Teluk Kemang.  


Aku nak story mengenai hotel ini.  Pertama kali bila kita orang sampai sini, aku cukup suka dengan lokasinya yang strategik berdekatan dengan laut dan parkir keretanya betul-betul terletak di depan hotel dua tingkat ini.  Dalam 200 meter ada deretan kedai makan dan kedai kraftangan yang betul-betul mengadap Pantai Teluk Kemang.

Tetapi ada cerita lucu dan geram semasa kita orang nak check in.  Pintu bilik salah seorang dari kami tidak boleh dibuka, puas ler pulas tombol pintu tapi tak boleh jugak buka. Terpaksa tukar ke bilik lain, nasib baik ada bilik yang kosong kalau tak memang menyumpah nak cari hotel lain. Hairannya tingkap sebelah pintu boleh dibuka dari luar dengan mudahnya. Ini pihak hotel kena jawab.....


Tapi dengan bayaran hotel seperti di atas, aku berasa kecewa sikit sebab hotel ini tiada kolam renang dan sarapan pagi.  Berbanding dengan hotel PD Golf  & Country Club yang pernah aku menginap. Facilities hotel ini memang agak kurang memuaskan.  Dah ler hanya dapat channel TV1, TV2, TV3 dan NTV7 sahaja.  So apa nak buat di waktu senggang di hotel? Agak bosan.....tiada kemudahan yang sempurna untuk guess.

Hotel ini menyediakan SPA tetapi hari tu SPA tengah renovate lagi.  Talian Wifi yang ada agak tak menyeluruh, kejap ada kejap hilang.

Tetapi aku suka bilik airnya sebab warna birunya sesuai macam kat kolam renang....hahaha 



Hotel ini menyediakan SPA tetapi hari tu SPA tengah renovate lagi.  Talian Wifi yang ada agak tak menyeluruh, kejap ada kejap hilang.

Tetapi aku suka bilik airnya sebab warna birunya sesuai macam kat kolam renang....hahaha 



Gambar di atas diambil dalam suasana hujan, lepak di luar bilik sementara menunggu nak ke laut......

Aku bagi 2 bintang untuk hotel ini.  Aku harap pihak hotel dapat pertingkatkan lagi kemudahan yang ada bagi keselesaan pengunjung.  Paling bosan time hujan, tak boleh lakukan apa-apa aktiviti.  Tetapi hotel budget ini sesuai buat pengunjung yang nak mencari hotel yang berdekatan dengan pantai.


Nanti aku story aktiviti di Pantai Teluk Kemang....



MP :  Akan bercuti lagi di hujung bulan Disember ini.....