Sunday, December 7, 2014

Wedding Anniversary Di Western Food


Hari ini 7 Disember merupakan wedding anniversary aku....

So malam tadi kita orang candle light dinner berempat kat kedai member my hubby.  Kita orang makan western food. Tapi candle light dinner bawa anak yang dua orang nie...yang dua lagi duk jauh...huhu


Dah lama tak makan western food untuk mengubah selera try ler makan chicken chop, my hubby makan bersama nasi, tekak orang kampung mesti ada nasi...hihi
Bukan main besar chicken chopnya, puas nak habis...terasa mual pulak. Ini mesti cheese @ sosnya terasa muak kalau makan banyak.  Serius cakap.... kenyang sangat dan duduk menyandar lepas tu...


Air durian belanda yang berharga Rm2.50 memang sedap bangat, terasa isi durian belanda yang masam manis. Tak macam kedai lain hanya letak jusnya jer...Bagus minum air durian belanda ini untuk elakkan kanser....
Semoga usia perkahwinan ini kekal hingga ke jannah bersama sebuah keluarga yang bahagia....

MP: Aamiin.....