Sunday, October 9, 2016

MENARIKNYA LAMAN WEB HIDUP.MY

Assalamualaikum.....

logo


Apa yang menariknya laman web hidup.my....
Laman web hidup.my merupakan satu laman web yang berfungsi melalui 3 bahagian.  Iaitu mengiklankan bilik, pencari bilik dan mencari rakan sebilik. Ia memudahkan bagi kita sebagai pengguna bagi mencari rakan sebilik yang sesuai dan serasi.  Laman web ini menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa English.

Tuesday, September 13, 2016

Bila Diberi Peluang.....

Assalamualaikum........

Salam Aidiladha dan Selamat Hari Raya Haji...Ibadat korban masih lagi kedengaran....
Tadi aku dapat video dari whatsapp group mengenai lembu korban yang terlepas kat Masjid Mindef. Tapi setelah setengah jam ia dapat ditangkap semula...hihi
Macam-macam cerita mengenai sambutan Hari Raya Korban tahun ini...

Sunday, July 24, 2016

Iklan Pengambilan Terbuka Perajurit Muda Lelaki Siri 182 Dan Wanita Siri 43





Assalamualaikum......

Kali ini aku nak update Iklan Pengambilan Terbuka Perajurit Muda Lelaki Siri 182 
Dan Wanita Siri 43 seperti yang diwar-warkan di media sosial.

Tuesday, July 19, 2016

Lama Menyepi




Assalammualaikum......
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri......


Lamanya saya menyepi kat blog ini.  Banyak story yang nak dikongsikan tapi jari jemari ini rasa macam malas nak menaip di papan kekunci yang banyak berjasa .....Banyak strory yang disimpan dalam folder belum dikemaskini lagi...

Saturday, March 26, 2016

4 Petua Komunikasi Berkesan Untuk Anak-Anak

1. Komunikasi mestilah dua hala.

Apabila komunikasi kita perlu pastikan ia berlaku secara dua hala dan bukannya satu hala sahaja. Sebab itulah pastikan anak-anak dalam keadaan bersedia bagi menerima apa yang mahu disampaikan.
Semak sama ada apa yang disampaikan itu difahami atau sebaliknya. Minta anak-anak ulang semula apa yang disampaikan oleh kita kepada mereka.
Makna komunikasi ialah tindak balas yang kita terima. Jika tindak balasnya tidak seperti apa yang kita mahukan bermakna ada sesuatu yang silap dalam komunikasi kita dengan anak-anak.

Tuesday, February 9, 2016

Kad Kahwin Dari Cikgu

Assalamualaikum.......
Musim cuti sempena Tahun Baru Cina ini ramai yang mengadakan majlis kahwin.  Aku amat tertarik pada kad kahwin seperti di bawah yang bertemakan kertas soalan peperiksaan.  Nampak menarik dan mempunyai maksud yang tersendiri.  Mungkin pemunya kad ini seorang cikgu.....Kad undangan ini dah lama aku simpan dalam draft...tak ingat aku jumpa kat mana...layannnnn....