Sunday, October 9, 2016

MENARIKNYA LAMAN WEB HIDUP.MY

Assalamualaikum.....

logo


Apa yang menariknya laman web hidup.my....
Laman web hidup.my merupakan satu laman web yang berfungsi melalui 3 bahagian.  Iaitu mengiklankan bilik, pencari bilik dan mencari rakan sebilik. Ia memudahkan bagi kita sebagai pengguna bagi mencari rakan sebilik yang sesuai dan serasi.  Laman web ini menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa English.



HIDUP.MY

Melalui bahagian pertama iaitu mengiklankan bilik secara percuma. Tiada bayaran dikenakan.
Pada bahagian pertama ini kita boleh mengiklankan bilik untuk disewa. Mula-mula kita perlulah mendaftar dan seterusnya ikut langkah-langkah yang perlu untuk diiklan bilik tersebut.

Langkah 1: Iklankan Bilik untuk disewa: Daftar akaun baharu dan iklankan bilik sewa anda dengan memasukkan alamat dan informasi lengkap bilik sewa anda berserta gambar bilik sewa tersebut!

Langkah 2:Sebarkan bilik sewa anda: Kongsi iklan bilik sewa anda di Facebook, Twitter, Google+.

Langkah 3:Semak emel anda: Sila pastikan mesej yang dihantar oleh kami tidak ke folder spam anda kerana ini juga merupakan cara bagi anda menerima mesej peribadi daripada pengguna website ini.

Langkah 4:Lihat profil-profil yang tersedia di laman web ini untuk mendapatkan housemates atau pun penyewa baru!

HIDUP.MY

Di bahagian kedua pula pengguna boleh mencari bilik untuk disewa. Di bahagian ini terdapat senarai iklan bilik untuk disewa yang merangkumi bilik sewa mampu milik ke bilik studio mewah. Just klik lokasi mana yang anda perlu dan tersenarai nanti banyak bilik yang menjadi pilihan. Penuhi ruangan yang disediakan. Terpulang pada budget masing-masing tepuk dada tanya poket...hihi

Pada bahagian ketiga pula yang mencari rakan sebilik yang serasi dan sesuai. Terdapat rakan sebilik yang perlukan teman, ada pula bagi memenuhi kekosongan bilik sewa dan ada yang tak mampu untuk menyewa bilik seorang... so jalan yang selamat cari rakan sebilik yang sesuai.  Ini perlukan mix & match.  Banyak pilihan di dalamnya... Caranya untuk mencari rakan sebilik kita klik pada ruangan bilik @ penyewa.  Selepas itu kita pilih negeri yang kita pilih dan ada beberapa kriteria yang perlu kita penuhi di situ untuk melengkapkan pencarian kita.

Bila dah tertera maklumat tersebut kita penuhkan ruangan yang disediakan untuk dihubungi berikan nama, email, no telefon dan mesej untuk mencari rakan sebilik.

Mudah gitu.....semuanya hanya di hujung jari.

Laman web hidup.my memudahkan urusan kita dan ia ternyata memberi manfaat untuk semua. 


MP :  Alhamdulillah.....ini merupakan review laman web hidup.my