Tuesday, November 22, 2011

PINGAT EMAS SUKAN SEA UNTUK BOLASEPAK

Peteh Malaysia Peteh - Ganu
Gomo Malaysia Gomo - Klate
Enjut Malaysia Enjut - Johor
Hobin Malaysia Hobin - N9
Kejor Malaysia Kejor - Perak
Haria Malaysia Hari - Penang
Pulun Malaysia Pulun - Kedah
Encang Malaysia Encang - Sarawak
Malaysia Tatap - Sabah
Ligan Malaysia Ligan - Perlis
Gegau Malaysia Gegau - Melaka
Viva Malaysia - Selangor
City Boys Malaysia - Kuala Lumpur
Ghempuh Malaysia Ghempuh - Pahang
FAKTA:
1. Pasukan malaysia satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah dalam setiap perlawanan pada Sukan SEA kali ini.
2.Pasukan malaysia merupakan pasukan 1 Malaysia, dgn adanya orang Melayu,Cina dan India.
3. Pasukan malaysia merupakan satu-satunya pasukan yang dpt naik 'barakkuda' untuk pergi dan balik dari stadium.
4. Pasukan malaysia ialah satu-satunya pasukan yang dpt kalahkan Indonesia pd SEA Games kali ini.
Apa lagi yang satu-satunya pasukan Malaysia ada???......

Friday, November 11, 2011

Tarikh keramat 11.01.11

KATA orang tarikh cantik senang hendak diingat. Benarkah itu saja yang dimaksudkan atau ada simbolik di sebalik pemilihan tarikh tersebut?

Tarikh lahir misalnya adalah sesuatu yang sudah ditentukan dari azali. Namun, bagi yang melahirkan anak secara pembedahan kadang kala berpeluang merancang dan memilih tarikh untuk melahirkan bayi mereka.
Untuk peristiwa bersejarah pula terutamanya hari pernikahan memang menjadi lumrah bagi sesetengah pasangan memilih satu tarikh yang menarik, bermakna serta mudah diingati semua.

Trend memilih tarikh yang cantik memang semakin popular apatah lagi apabila nombor yang dipilih berganda seperti 11.11.11 yang jatuh pada hari ini.
Selain mudah diingati, nombor tersebut juga tampak eksklusif pada pemiliknya dan seakan memberitahu kepada umum bahawa mereka adalah golongan yang sentiasa berada di hadapan atau nombor 1.


Pada kaum Cina pula, pemilihan nombor amat penting kerana mereka mempercayai ia berkait rapat dengan untung nasib seseorang.

Semua ini hanyalah kepercayaan sebuah budaya dan kaum sahaja. Kita hanya boleh menjadikan ia sekadar suka-suka dan tidak perlulah berlebih-lebih sehingga bertentangan dengan hukum syarak.

Ketibaan tarikh 11.11.11 tahun ini jatuh pada hari Jumaat, menjadi pilihan kebanyakan pasangan untuk disatukan.
Kenyataan tersebut diakui oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

Tuesday, November 8, 2011

Hari Raya Aidiladha

Apa khabar?
Baik? Hebat? Sangat hebat?
hehe, suka hati lah... tak nak campur !
^_^

Ok, dalam email ringkas ini, saya ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan, selamat Hari Raya
Aidiladha.

Tahun ini ada buat korban ke?
Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau, takde,
boleh pasang niat.
Niat pergi haji satu.
NIat buat korban satu.


Owh ye, disebabkan hari ini ramai nak balik kampung,
saya ingin berkongsi beberapa tip beraya orang-orang kaya.

#### Sebelum bertolak ####

Orang-orang kaya, sebelum bertolak, akan baca doa
naik kenderaan.

Disamping, menjadi pelindung kepada diri dan keluarga,
insya Allah, boleh melindungi kenderaan.

Kalau rosak, keluar duit woo....

Doa naik kenderaan, boleh search dekat google :).

Satu lagi, ialah, doa tinggalkan rumah.
Mudah sahaja doa dia.
"Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepadaMu".

Insya Allah, terpelihara rumah kita daripada kecurian dan
bencana.

Maklumlah, sekarang ni, ada pagar mahal dan sekuriti mantap pun,
belum tentu dapat terhindar daripada kecurian dan rompakan.

Hanya Allah, tempat kita bergantung.



### Semasa Perjalanan ###

Semasa perjalanan, sediakanlah teka-teki yang mencabar minda.
At least, si driver tak lah mengantuk, boleh berinteraksi dengan penumpang lain.

Boleh juga, bawa bekal daripada rumah. Jimat duit.
Sekarang ni musim perayaan, kalau berhenti tepi jalan,
RM50 tu, senang-senang je habis.



### Sampai Destinasi ###

Apa orang kaya buat bila sampai destinasi?
Ha, ini saya nak kongsikan apa yang diorang buat.

Pertama sekali, jika mempunyai anak-anak, awal-awal
lagi dah pesan supaya jaga akhlak dan budi pekerti.

Salam orang-orang dewasa, dan jangan bergaduh.

Sama juga dengan kita, senyuman perlu
sentiasa terukir.
Cium tangan ibu ayah. Lebih baik, cium pipi
mereka.

Ada adik beradik......
ha...ni baca betul-betul. Ni apa yang orang kaya buat.

Kepada adik beradik, cuba gurau-gurau dengan mereka,
seperti ungkapkan,

"wah, makin sihat kau ni. boleh open table "
atau
"Cantiklah akak raya ni, jangan lupa bagi duit raya lebih
tahun ni"

Bukan apa, orang kaya sentiasa nak jaga network.
Dan, network paling dekat ialah keluarga sendiri.

Oklah, terpanjang pula email kali ini.

Tahun ni, saya tak pulang beraya, saya raya di sini aje.
Minggu depan, habis raya, insya Allah, balik kampung.


Apa-apa pun, saya doakan supaya anda selamat pergi,
dan selamat balik.