UNIT GEMPUR MARIN
Atas rasa kapasiti tanggungjawab dan pengetahuan aku kongsikan artikel yang didapat melalui Facebook . Artikel ini perlu di share kerana di luar sana mungkin kurang berpengetahuan @ kurang memahami tugas-tugas yang mereka jalankan demi menjaga keamanan negara........ Unit Gempur Marin atau UNGERIN adalah nama jolokan yang diberi kepada pasukan elit anti-pengganas polis marin yang terbaru dalam ca wangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi pada akhir tahun 2007. Pasukan anti-pengganas maritim ini berpengkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak bagi menangani keadaan kritikal di Selat Melaka dan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah bagi pengoperasian di Sabah dan Sarawak, khasnya Laut Sulu. Sebahagian anggota terdiri daripada anggota Komando 69 Pasukan Gerakan Khas. UNGERIN memulakan operasi menjelang akhir tahun 2007, ditubuhkan khusus untuk menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan ram...