E-mel Dari Perdana Menteri Malaysia
Kita baru sahaja menempuh satu proses demokrasi yang terbesar dan paling mencabar di negara kita. Di setiap kampung, pekan dan bandar, setiap rakyat telah berdebat, berkempen dan mengundi untuk masa hadapan negara. Saya amat berterima kasih dengan segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak yang selama ini telah berusaha gigih dan berdiri teguh di samping saya dan parti. Dengan penuh tawaduk saya juga mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional untuk terus mentadbir negara. Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam hampir sepanjang pengalaman kerjaya saya selama ini. Saya masih ingat lagi kali pertama saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, kali pertama saya berucap di Parlimen dan kali pertama saya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua jabatan kerajaan. Sepanjang empat tahun yang lalu saya telah diberi peluang pula untuk berkhidmat untuk negara ini di peringkat tertinggi sebagai Perdana Menteri. Namun pe...