Posts

Showing posts from February, 2011
Salam semua. Kata seorang kawan kepada saya: "Hang nak anak hang putih melepak tak?" "Nak .. ada petua ke?" tanya saya. "Suh bini hang time ngandung minum air soya!" gitulah petua yang diberikan kepada saya. Dan saya ... kerana ilmu yang saya dapat itu, saya juga war-warkan perkara yang sama kepada bapak2 yang bininya mengandung. Tetapi rupanya ... saya SALAH! Soya sebenarnya merbahaya kepada kesihatan! Dan ia tidak baik untuk kesihatan wanita. Dan yang menggerunkan saya ialah .. ia juga dikenal-pasti antara penyebab kanser.... benarkah dakwaan ini? Saya antara peminat soya, malah seluruh keluarga juga minat soya .... dan sebagai orang berketurunan jawa... soya dianggap penting .. apatah lagi ia bahan utama untuk kicap ... yang sememangnya jadi rebutan bila berada di meja makan! Saya bukan bercerita nak hancurkan bisnes pakcik Atan kat pasar malam yang jual air soya ... Ohh tidak sama sekali. Saya juga bukan nak suruh anda semua jangan beli kicap .. atau l
Sini saya nak nak kongsi sikit info yang saya petik daripada email yang saya terima dari rakan saya. Cuba renong-renongkan ... moga ia memberi manafaat kepada kita. "Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri?
Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda, 1 artikel menarik yang ditulis oleh Ustaz Pahrol berkenaan dengan ‘Perihal Jodoh’. Berikut adalah artikelnya… BERCERITA TENTANG JODOH Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha. Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha. Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir. “Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati. “Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?” “Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek. “Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? B