PERAJURIT MUDA TAMAT LATIHAN
Port Dickson, 1 Jul - Seramai 1770 Perajurit Muda (1584 Lelaki dan 186 Wanita) berjaya menamatkan latihan pada 29 Jun yang lalu di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA). Perajurit muda diingatkan bahawa pemilihan mereka dalam perkhidmatan ketenteraan merupakan satu pengabdian suci kepada negara, bangsa dan agama. Perajurit perlu faham bahawa penglib atan mereka juga memerlukan pengorbanan, keikhlasan dan tanggungjawab jitu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor berkata demikian dalam ucapan sempena perbarisan tamat latihan perajurit muda lelaki dan wanita. Latihan yang bermula pada 6 Jan 13, dilaksanakan selama 24 minggu dijalankan secara konvensional yang mana pelaksanaannya diselaraskan supaya objektif latihan dapat dicapai. Melalui kaedah tersebut setiap perajurit muda dapat menjalani latihan dalam waktu, tempat, kondisi serta bentuk latihan yang sama. Pelaksanaan latihan perajurit muda adalah u...