SIAPA ITU ADNAN ?
1. Adnan adalah nama yang tak asing lagi bagi warga tempatan yang terlibat dan berminat dalam bidang pertahanan, sama ada anggota uniform dan tid ak. 2. ACV-300 diberikan nama Adnan bersempena nama Allahyarham Leftenan Adnan yang terkorban dalam pertempuran menentang penaklukan Tentera Imperial Jepun ketika Perang Dunia Ke-2 di Singapura. 3. Kali ini, admin akan kupaskan sedikit mengenai kereta perisai yang menjadi antara tunjang utama dalam sistem pertahanan kita. Sebelum admin meneruskan artikel ini, admin nak tekankan bahawa Adnan adalah sebuah kereta perisai berantai dan bukannya kereta kebal. Admin harapkan fans sekalian rujuk semula pada pos yang lalu jika timbul kekeliruan. Link pos tersebut akan admin siarkan pada ruangan komen. ACV-300 dan ACV-S (berdasarkan designasi pada laman rasmi DEFTECH) 4. Kereta perisai berantai ini dibangunkan oleh firma pertahanan Turki FNSS, yang boleh berperanan sebagai IFV (Kenderaan Tempur Infantri) dan juga APC (Kenderaan Pengangkut Anggota ...