Suasana di Bandar Melaka pada hari ini dalam keadaan tidak sihat dengan cuaca yang berjerebu. Buka sahaja pintu rumah pagi tadi terasa macam bau terbakar dan kelihatan habuk putih di luar rumah termasuk kereta yang di parking di luar ada kesan habuk. Indeks IPU yang tidak sihat menyebabkan orang ramai mudah menerima batuk dan demam. Anak-anak aku pun dah batuk-batuk semenjak jerebu dari hari ahad lepas. Untuk mengatasinya kita kurangkan aktiviti di luar rumah dan banyak minum air kosong. Bacaan IPU dalam pukul 4 petang tadi Oleh yang demikian menuru t BERNAMA , Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Rabu mengisytiharkan seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuatkuasa serta merta. Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan berkata larangan mengikut Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 itu, berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Bagaimanapun, katanya...