Nuffnang

Saturday, May 18, 2013

Friday, May 17, 2013

PERAJURIT MUDA MASUK HUTAN DI SUA BETONG PORT DICKSON

Salam buat semua kengkawan.....
Kali ini aku nak cerita fasal aktiviti di hutan Sua Betong Port Dickson.
Menurut kata anakku di PUSASDA khamis petang sudah bergerak untuk  melakukan medan akhir dan operasi bermula pada hari sabtu untuk perajurit muda.  Dianggarkan 1 batalion perajurit muda kira-kira hampir seribu perajurit muda dari PUSASDA akan berjalan hingga ke Sungai Linggi dan seterusnya masuk ke dalam hutan Sua Betong.
 1 batalion sebelumnya telah selamat kembali dari medan akhir dan anakku di sessi kedua.  
Apa yang perlu dibawa untuk masuk hutan? Makanan....sudah tentulah rangsum tempur dalam anggaran 3 ~ 4 pek akan dibawa sebagai bekalan makanan selama hampir 10 hari.
Beg sandang yang besar dan berat tu akan diisi dengan rangsum tempur dan peralatan khemah dan mungkin sehelai 2 baju tentera darat @ aku pun tak tahu apa lagi yang diisi dalam beg sandang berkenaan....(hehe....) 
Menurutnya lagi beliau akan menyusuri Sungai Linggi untuk masuk ke hutan Sua Betong dan aku rasa sejauh lebih 40 km untuk sampai ke dalam hutan.  Bayangkan bagaimana perajurit muda lakukan jungle trekking.... (teringat tentera yang keluar dari hutan di belakang rumah kat kampung.....kesian pun ada...)
Perjalanan berkilometer masuk ke dalam hutan sudah tentu kaki akan melecet dan kasut yang digunakan akan rosak...(nak kena pos kream kaki lepas nie)

wajah diconteng sebelum masuk hutan (gambar hanya hiasan)
Rangsum Tempur makanan tentera di dalam hutan
Senjata dan beg

MP : Tak lama lagi sudah nak passing out  sebulan sahaja lagi ....semoga anakku berjaya mengakhiri medan akhir ini....Dekat disayang jauh dirindu....

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA





SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA / POLITEKNIK PREMIER BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2013/2014 BOLEH DISEMAK MELALUI :-

LEMBAH KLANG : https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan
UTARA : http://jpt.uum.edu.my/
SELATAN : https://jpt.utm.my/
SABAH : https://jpt.ums.edu.my/
SARAWAK : https://jpt.unimas.my/

TAIP: UPU<jarak>RESULT<jarak>NOKP dan SMS ke 15888

TAHNIAH kepada anda yang berjaya mendapat tawaran IPTA dan POLITEKNIK PREMIER. Jaya atau gagal tertakluk kepada 3 perkara utama:
1. Pilihan program pengajian yang anda minta (Kompetitif @ Tidak Kompetitif);
2. Kekosongan atau berapa banyak tempat disediakan oleh IPTA/Politeknik bagi program berkenaan;
3. Persaingan dari segi markah merit..anda yang markah merit lebih tinggi akan dapat dulu;



Pemohon yang berjaya perlu mengesahkan penerimaan tawaran itu sebelum 24 Mei. Pengesahan boleh dilakukan secara online melalui laman web rasmi IPTA atau Politeknik. Bagi pemohon yang tidak mendapat sebarang tawaran dari IPTA atau Premier Polyteknik, anda boleh membuat rayuan melalui e-Rayuan dari 24 Mei - 2 Jun melalui http://upu.mohe.gov.my


MP : Teringat anak dapat UPU- Asasi English Language & Literature-IIUM tahun lepas....

Perhimpunan Black505 diteruskan ke 4 negeri




Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mengumumkan bahawa Perhimpunan Black505 akan diteruskan ke empat buah negeri lain iaitu Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, Perhimpunan Black505  tetap diteruskan demi menzahirkan suara bantahan rakyat terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

“Perhimpunan Black505 yang seterusnya akan diadakan di Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat (HARI INI) dan orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

“Manakala, Perhimpunan Black505  di Kedah akan diteruskan pada 21 Mei ini di Kedah, 23 Mei di Terengganu dan 24 Mei di  Melaka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, ujar Rafizi lagi, lokasi terakhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR.

Jelas beliau, semua perhimpunan sebelum ini telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM), walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir.

“Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan, namun kami tetap hormati keputusan itu.

“Walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan dan kekangan, ianya langsung  tidak melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik Perhimpunan Black505 ini.

“Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti Perhimpunan Black505 setakat ini, seramai 120,000 di Kelana Jaya, 120,000 di Batu Kawan, 60,000 di Ipoh, 60,000 di Kuantan dan 60,000 di Ulu Tiram,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa perhimpunan akan datang boleh mengumpul lebih setengah juta rakyat Malaysia bagi menyertai perhimpunan tersebut.



 Sumber

MP : Tepuk dada tanya hati......

SIAPAKAH PELAKON LELAKI TERKENAL DITANGKAP KHALWAT?




Siapakah pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang awal pagi khamis.
Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada  pukul 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.
Pengarah JAIS Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan JAIS berdasarkan maklumat awam.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia dan seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.

MP : SUMBER

Thursday, May 16, 2013

SENARAI KABINET MALAYSIA 2013




Semoga menteri kabinet yang dilantik menjalankan amanah dan kepimpinan dalam memajukan negara kita yang tercinta  MALAYSIA....


 Sumber

MP : cukup ler jadi menteri kewangan di rumah jer.....

TEMA HARI GURU TAHUN 2013



                          GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

                                          Huraian Tema Hari Guru 2013


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikanakses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
 
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.



MP : Sumber