RESPON DARI SAIFUL NANG MENGENAI KENYATAAN IBU LIYANA JASMAY
Respon saya : Betul ke makcikkk? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik? Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BiPop. Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini. BIAR SAYA CERITA DARI MULA… Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra perkah...