TENTERA DARAT - SIRI 1
Sempena hari Tentera Darat Malaysia yang ke 80 tahun pada 1 Mac, aku nak share pasukan dalam Tentera Darat Malaysia. Gambar sekitar rehearsal perarakan Tentera Darat di PUSASDA Port Dickson Briged Briged adalah satu formasi tempur di dalam Tentera Darat Malaysia dan biasanya mempunyai kekuatan 3 batalion ataupun rejimen. Kadangkala bilangan battalion diubah menjadi empat battalion ataupun dua battalion mengikut keperluan taktikal.Sesuatu Briged akan mempunyai elemen bantuan seperti 1 x bateri artileri, 1 x skuadron semboyan, 1 x kompeni polis tentera, 1 x platun risik, 1 x skuadron askar jurutera, dan 1 x Detasmen Bantuan Ringan Kor Jurutera Letrik Dan Jentera.Briged biasanya diketuai oleh seorang Brigedier Jeneral, tetapi kadangkala diberikan perintah kepada Kolonel. Briged boleh beroperasi secara sendirian sebagai Briged Bebas te...