Posts

Showing posts with the label VITAMIN K

APA ITU SUNTIKAN VITAMIN K?

Image
Kenapa vitamin K perlu diberikan kepada Bayi Yang Baru Lahir? Sebenarnya, vitamin K sangat penting dalam proses pembekuan darah. Bila badan kekurangan Vitamin K, badan kita mudah mengalami pendarahan. Sebahagian kecil bayi,lebih kurang 1 daripada 10000 kelahiran akan mengalami Masalah Pendarahan Akibat Kekurangan Vitamin K semasa lahir. 1 bayi daripada 10 000 kelahiran ini dianggap 'Berisiko Tinggi'. Secara normalnya, kandungan Vitamin K di dalam badan bayi memang sedikit rendah, dan bayi hanya mendapat sedikit Vitamin K daripada tali pusat dan juga sedikit daripada Susu Ibu. Vitamin K boleh dihasilkan secara semulajadi di dalam badan dan juga dihasilkan oleh bakteria di dalam usus kita. Tetapi bagi bayi yang baru lahir, saluran pencernaannya masih bersih (belum ada bakteria semulajadi) jadi Vitamin K tidak dapat dihasilkan. Organ Hati pula sebagai tempat memproses Vitamin masih belum berfungsi sepenuhnya untuk terutama bagi bayi pramatang, ataupun bayi belum cukup bulan. Bay...