Kisah Sepasang But Lusuh
Sebelum baca kisah sedih ini sila sediakan tisu dulu yea....sedih sangat bagi yang mengalami dan memahaminya..... Kisahnya berlaku lama dulu..ketika tu admin masih kecil..masih bermain perang-perang dan combat menggunakan senapang kayu berpelurukan buah terung pipit. Setiap hari..admin duduk di tepi jalan depan rumah admin..menunggu ketibaan konvoi 3 tan membawa anggota-anggota tentera kita menuju kawasan operasi..maklumlah..masa tu..PLUS belum ada. Satu lagi hobi admin masa tu..bergayut di pagar pengkalan TUDM Butterworth..menyaksikan kehebatan pesawat-pesawat juang dan si Nuri yang kelihatan begitu gah. Kemain tertanam cita-cita nak jadi askar dan pilot masa tu... Antara kawan baik admin masa tu..adalah seorang lelaki tua dipanggil Pak Wan. Orangnya berbadan agak tembam..rambutnya sudah memutih. Wajahnya sentiasa sejuk dan tenang..dibarisi kedut-kedut yang menandakan usianya.Pak Wan ni baik orangnya..cukup suka dengan budak-budak..dan sangat sabar melayan kerenah admi...