Apakah Solat Tarawih?
Solat sunnat yang dilakukan khusus hanya pada bulan ramadan. Tarawih dalam bahasa Arab adalah bentuk jama’ dari تَرْÙˆِÙŠْØَØ©ٌ yang diartikan sebagai “waktu sesaat untuk istirahat”. Waktu pelaksanaan solat sunnat ini adalah selepas isya’, biasanya dilakukan secara berjemaah di masjid.
Hikmah Solat Tarawih
Malam #1Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti ia baru dilahirkan, mendapat ampunan dari Allah.
Malam #2
Dosa-dosa orang mukmin yang solat tarawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman), telah diampuni Allah.
Malam #3
Berserulah malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya dapat meneruskan solat tarawih terus-menerus sehingga Allah akan mengampuni dosa Anda.
Malam #4
Pahalanya Setara dengan Membaca 4 kitab Sekaligus ( Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran ) untuk memperoleh pahala.
Malam #6
Allah mengurniakan pahala dari malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam ini.
Malam #7
Seolah-olah bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi AS menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam #8
Allah mengurniakan pahala kepada orang solat tarawih seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim AS.
Malam #9
Allah mengurniakan pahala dan menaikkan mutu ibadah hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam #11
Anda akan keluar seperti baru dilahirkan dan bersih daripada dosa dan dunia (mati).
Malam #12
Allah datang pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadahnya).
Malam #13
Allah datang pada hari kiamat dalam aman sentosa untuk tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam #14
Malaikat datang menyaksikan proses solat tarawih, dan Allah tidak akan menghukumnya di hari kiamat
Malam #16
Allah SWT tertulis baginya, terlepas daripada neraka dan masuk ke syurga.
Malam #17
Allah mengurniakan orang yang bertarawih pahalaNya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam #18
Malaikat berseru, “Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati)”.
Malam #19
Allah SAW tinggikan darjatNya di dalam syurga Firdaus.
Malam #21
Allah membangunkan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
Malam #22
Allah datang pada hari kiamat, membahagiakan tiap orang yang berdukacita dan menghadapi kerisauan.
Malam #23
Allah SAW membangun sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.
Malam #24
Allah membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini.
Malam #26
Allah mengurniakan pahala kepada orang bertarawih pada malam ini seperti 40 tahun ibadat.
Malam #27
Allah mengurniakan orang bertarawih pada malam ini, segala kekuatan melalui titi Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam #28
Allah SWT mengurniakan pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam #29
Allah SAW mengurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.
sumber
MP : Mood pelbagai......