Wednesday, May 29, 2013

BORS SYSTEM


BORS SYSTEM

Senjata sniper International Accuracy Model 95 dgn kelengkapan sistem BORS yg dimiliki pasukan kita..

Barrett Optical Ranging System (BORS) adalah satu komputer balistik berintegrasi dikeluarkan oleh firma Barrett Firearms yg membantu seseorang penembak tepat bagi mendapatkan tembakan yang tepat dan jitu. Sistem ini dipasangkan terus kepada skop rifel dan dipadankan dengan tombol pengangkat, dengan bantuan BORS penembak dengan pantas mampu mengira suhu, tekanan barometric dan sasaran pada sudut condong ke atas atau ke bawah.

Komputer yang dibina ke dlm sistem secara berterusan mengira faktor-faktor ini yang berubah sepanjang masa. Barrett mengatakan yang BORS ini "dengan segera menguruskan kerja-kerja data supaya penembak dapat memberikan perhatian penuh kepada tugas meledakkan sasaran." ia mengambil data daripada beribu jadual dan mengambilkira beberapa faktor luaran dan secara automatik memberikan penembak jarak tepat dari mana peluru mampu menumbangkan musuh.

Memandangkan BORS dipasang terus pada skop dan dipadankan dengan tombol penaik, komputer mampu berinteraksi dengan skop tersebut dengan cara tombol tersebut dipusingkan sehingga paparan LCD memaparkan jarak sasaran tersebut.

Kit ini turut disertakan dengan Barrett Ballistic Software yang telah di pra-programkan dengan senarai data yang telah dipilih oleh Barrett. Ia juga termasuk dengan kabel yang membenarkan pengguna untuk memuatkan program sendiri pada komputer dan kemudian memindahkannya terus kepada BORS.  Ia dijual dengan harga sekitar USD2000 seunit...



SUMBER
Facebook The Real Black Daggers

MP : Teknologi ketenteraan amat diperlukan untuk sistem ketenteraan yang efisien....