Pangkat Di Dalam Tentera Darat






Di dalam tentera darat ada cara tabik dan pangkat, bagaimana nak panggil mereka.......
Pertama sekali kenal pasti lambang pangkat yang dipakai....

a) tiada calit - prebet (panggilan skot atau prebet..kalau komando truper)
b) 1 calit - lkpl (panggil lans koperal atau koperal)
c) 2 calit - kpl (panggil koperal)
d) 3 calit - sarjan (panggil sarjan)
e) 3 calit satu paku - stafsarjan (biasa panggil kaler)
    semua ni kategori llp (lain-lain pangkat.....kalau tak sure panggil stap je)

f)  tiada calit.....lambang bulat - Pegawai Waran 2 ( panggil cik)
g) tada calit lambang bulat ada rimau - RSM ( panggil RSM atau cik..selalunya ada misai melenting)

kedua-dua ini adalah dikategorikan pangkat llp paling tinggi....


Pegawai

a)  1 paku - leftenan muda
b)  2 paku - leftenan
c)  3 paku - kapten
d)  1 crown - mejar
e)  1 crown 1 paku - leftenan kolonel
f)   1 crown 2 paku - kolonel

Semuanya dipanggil sebagai tuan bagi lelaki dan puan/mem bagi perempuan.

Kalau nampak bintang pada lambang pangkat, itu dah masuk level Panglima. 

Biasanya ada gelaran datuk, kalau tak sure, panggil Panglima jer.. Tapi kalau 5 bintang..tu dah Agong..kena panggil Tuanku la..

Kedua....Cara Tabik/salute

Menurut sumber tabik dilakukan dengan tangan kanan, Semua jari dirapat dan diluruskan, tapak tangan menghala ke bawah. Tangan berada di hujung kening kanan. Tabik dilakukan dalam keadaan full uniform termasuk beret. So kalau nak tabik, sila pakai beret/hat bersama uniform. Kot tak ada kena pelangkung percuma je..dan dilakukan oleh yang berpangkat bawah kepada yang berpangkat atas. Tunggu yang lebih tinggi pangkat turunkan tangan barulah kita turunkan. Kalau tanpa uniform, cukup sekadar tegakkan badan dalam keadaan sedia dan tegur.."tuan/puan/panglima" dan sebagainya..perlu diingat.....

Ini hanya melibatkan pasukan tentera darat......

Credit : Sumber

MP :  Semoga anakku tabah menghadapi dugaan di kem sana, layankan jer...... 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog