Jerebu: Sekolah Di Klang, Petaling Perdana & Manjung Ditutup Esok

jerebu
Gambar : Bernama

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta Manjung, Perak ditutup pada Rabu ekoran fenomena jerebu, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.
Ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit pada 5 petang Selasa melebihi 250, katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, katanya, pengarah pelajaran negeri berkenaan diminta untuk memaklumkan penutupan sekolah di kawasan berkenaan.
"Penutupan sekolah yang terlibat hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa.
"Pihak Pengarah Pendidikan juga perlu memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan tentang bilangan sekolah dan murid yang terlibat ekoran penutupan tersebut," katanya.
Abd Ghafar berkata demi menjamin dan menjaga kesihatan murid, Kementerian Pendidikan bersetuju agar sekolah yang terlibat boleh ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 250 dan perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada kementerian.
Namun sekiranya bacaan IPU melebihi 300, maka sekolah dalam kawasan berkenaan wajib ditutup tanpa perlu memohon kebenaran daripada kementerian, katanya. 
MP : Jerebu di Bandaraya Melaka masih lagi status tidak sihat....bacaan IPU '121' pada jam 5 petang tadi...

Comments

Popular posts from this blog