Friday, June 7, 2013

PERTUNJUKAN TATTOO TENTERA DARAT

Jom kita reramai pergi menyaksikan pertunjukan Tattoo Tentera Darat dan International Army Run di Port Dickson.
Acara bermula hari ini 07/06/2013 sehingga 09/06/2013.
Terbuka kepada orang awam dan orang awam dijemput hadir bagi meriahkan sambutan pertunjukkan tattoo kali ini dan banyak acara diadakan.
"Tentera dan rakyat berpisah tiada"

Lokasi Tattoo Tentera Darat diadakan di Padang Kawad PUSASDA.
Larian Antarabangsa Tentera Darat di Pantai Saujana Port Dickson.
Pameran Statik Tentera Darat di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson.



tattoo13-1

Teringat masa kecil-kecil dulu ikut arwah ayah pergi tengok pertunjukan tattoo di Stadium Merdeka dahulu.  Masa tu arwah ayah masih lagi dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia so peluang itu sangat-sangat dinantikan.  Sungguh terpesona tengok cik akak dan cik abang tentera darat kita melakukan aksi-aksi akrobatik menggunakan motorsikal dan melalui gegelung api.
Apa lagi moh ler kita pergi, kali ini lokasi di Bandar Tentera Darat Padang Kawad PUSASDA.


Sumber & Sumber

MP : Akan ke PD hujung bulan nie tengok anak 'passing out' perajurit muda di PUSASDA, dah tak sabar rasanya....ehhh