Rahsia Bungkusan Pos Laju Ke Pusasda





Tajuk entry macam gempak, tapi tak der apa yang rahsia bungkusan pos laju ke Pusasda.
Hanya bungkusan berisi biskut Munchy's, muruku ikan dan majalah ujang yang aku kirimkan kat anak lelaki di Pusasda untuk bekalan semasa di kem.
Ini merupakan bungkusan kali ke 2 yang aku hantar, kali pertama sebelum dia masuk hutan di Sua Betong  Port Dickson dulu, kali ini dia mahukan biskut Munchy's lak.  Sedap biskut Munchy's nie..(opss ini bukan iklan biskut Munchy's yea....)



Aku kena pastikan bungkusan ini di pos pada hari ini sebab bungkusan akan sampai satu hari selepas proses pengeposan.
Pos Laju hari ini pos besok dah sampai....ikut kawasan
Kalau aku pos besok sampai nanti hari Jumaat, sebab hari Khamis cuti israk mikraj dan tiada perkhidmatan pos laju pada tarikh berkenaan.
Kebiasaannya apa-apa surat @ bungkusan yang dihantar ke PUSASDA akan dibuka oleh pihak pengurusan kem.
So, kalau ada love letter tu sure kena baca depan skod-skod semua dan nasib ler kena bahan gelak laks....
Semoga bungkusan ini diterima dengan selamat......




MP :  Tak sabar nak tunggu tarikh perajurit muda passing out may be pada 29/06/2013....baru boleh jumpa.....

Comments

  1. so macamna penerima nak tahu klau barang tu dh smpai kat pos? ataupun barang ni akan terus dihantar ke kem pusasda?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog